Friday, October 10, 2008

kembangkan dakwah islam


Assalamualaikum wbt…

Saya terpanggil untuk menjawap masalah yang dihadapi oleh seorang mahasiswi tahun satu yang mengatakan dia sering diganggu dengan kunjungan kakak-kakak bertudung labuh ke biliknya hampir pada setiap malam dengan mengadakan usrah di bilik. Saya rasa agak terkilan dengan kejadian yang berlaku dan hal ini mengecewakan saya.


Pada pandangan saya usrah yang dilakukan sehingga menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan mahasiswa/i seharusnya perlu dielakkan. Dalam menyampaikan dakwah Islam pelbagai cara dapat dilakukan. Tidak dinafikan usrah merupakan salah satu method dakwah yang sering digunakan untuk menyebarkan ilmu, berkongsi pendapat, membina ikatan silaturrahim, dan saling memahami antara satu sama lain. Hal ini kerana, usrah dapat membentuk jiwa-jiwa murni yang cinta dan sayang akan islam.

Usrah yang berkesan adalah usrah yang mana sentiasa merasa rindu untuk bertemu dan merasa sedih apabila harus berpisah dengan sahabat-sahabat seusrah. Namun, sekiranya usrah yang dilakukan tidak disenangi malah mengganggu ketenteraman orang lain, jadi dimana indahnya kekuatan usrah tersebut?. Walhal, usrah dibentuk untuk menerap nilai-nilai murni dalam jiwa insan. Saya menyeru kepada semua supaya menjaga nama baik islam di mata dunia. Jangan disebabkan “nila setitik habis susu sebelanga”. Jangan disebabkan sebilangan golongan menyebabkan semua tidak suka kepada usrah.

Selalu saya sebut kepada sahabt-sahabat saya yang buntu nak menjalankan usrah, ‘usrah itu bukan pada method nak melaksanakan, tetapi mencapai matlamat, methodnya adalah bebas, usrah adalah untuk member ilmu dan kefahaman, nak membina faham tidak semestinya dalam halaqah, boleh je diberi sambil mencari ikan di sungai botanical garden.

Cabaran bagi para da’ie atau pendakwah pada hari ini adalah bagaimana mereka mentransformasikan methodology atau kaedah dakwah mereka, kerana dunia telah berubah, sedang berubah dan akan sentiasa berubah, manusia dan sifat serta pemikiran mereka juga berubah, maka sebagai pendakwah, kita tidak boleh menggunakan method dua puluh atau tiga puluh tahun lalu untuk generasi sekarang, generasi hari ini adalah generasi baru, uslub dakwah itu luas dan lunak, cuba kita perhalusi kaedah dakwah yang Allah ajar kita dalam surah an-nahl ayat 125,

Serulah(manusia) kepada jalan tuhanMu dengan hikmah dan pengajaran yang baik. Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik….(akhirul aayat)

Luaskanlah skop dakwah, agar kesannya lebih mencapah…


Baca Selengkapnya....

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA IEDULFITRI 1429H

Buat semua sahabat, tak banyak yang nak dicoretkan di sini,
Selamat Hari Raya Iedulfitri 1429H diucapkan,
moga ia memberi suatu makna dalam hidup ini...

video

Baca Selengkapnya....