Pernah seorang lelaki datang bertanya dan mengadu pada Ibrahim Ibn Adham, kata lelaki itu,
"Mengapakah Allah tidak memakbulkan doaku? sudah berkali-kali aku merayu dan memohon pada Allah, katakanlah padaku, mengapakah doa-doaku tidak satu pun dimakbulkanNya?
Jawab Ibrahim Ibn Adham akan soalan lelaki itu,
"Sebab-sebab mengapa Allah tidak memakbulkan doamu adalah kerana,
1. Kamu mengaku mencintai Allah, tetapi kamu sering alpa dalam mengingatiNya.
2. Kamu mengatakan kamu umat Nabi Muhammad saw, namun kamu tidak mengamalkan ajaran baginda.
3. Kamu mengatakan memusuhi syaitan laknatullah, namun kamu sering kali mengikut telunjuknya.
4. Kamu mengaku mencintai Rasulallah, namun kamu sering berpaling dari ajaran baginda.
5. Kamu selalu membaca al-Quran, namun kamu tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.
6. Kamu sering mencari dan melihat kesalahan orang lain sehingga kamu lupa akan kesalahan diri kamu sendiri.
7. Kamu katakan ingin memasuki syurga, tetapi sering kali kamu melakukan perkerjaan yang menjauhkan dirimu dengannya.
8. Kamu mengatakan tidak mahu ke neraka, tetapi sering kali kamu melakukan perkerjaan yang mendekatkan dirimu dengannya.
9. Kamu selalu mengiringi jenazah ke perkuburan, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.
Sama-sama kita bermuhasabah....
Tuesday, May 12, 2009
Mengapa doamu tidak dimakbulkan...
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 7:06 PM 2 komen sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)