PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris), satu rancangan ke arah melahirkan generasi intelek yang bertaraf global dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerja pada masa kini.
Idea ini mula timbul hasil pertimbangan akan realiti dunia di era globalisasi ini, yang mana ilmu dalam kedua-dua bidang ini berkembang dengan sangat pantas, terutama di negara-negara maju, dan hampir kesemua jurnal-jurnal dan makalah berkaitan kedua-dua bidang ini diterbitkan dalam bahasa inggeris, maka demi memastikan anak watan kita mampu mengejar arus ini, idea ini muncul.
Tun Dr. Mahathir, selaku ‘founder’ idea ini dalam kenyataannya menyatakan, sebagai seorang yang cinta pada negaranya, dia tidak sanggup melihat bangsanya ketinggalan dalam dua bidang utama ini.
Namun, setelah enam tahun sistem ini diaplikasi, suara-suara yang menentang pelaksananannya bukan semakin sedikit, malah semakin lantang dan kerap disuarakan, baru-baru ini Gapena mengugut untuk menyaman kerajaan jika terus melaksanakan PPSMI kerana bercanggah dengan perlembagaan. Jika kita teliti dengan sebaiknya, kebanyakan mereka yang menyokong sistem ini adalah golongan ekonomi, kerana sistem ini akan melahirkan pekerja-pekerja yang mampu bersaing di peringkat global, manakala tentangan disuarakan oleh golongan pendidik dan sastera dek kerana semakin terhakisnya peranan bahasa melayu.
Pada pandangan saya, isu ini perlu kita teliti dari dua sudut, yang pertama ialah dari sudut sastera, dan yang kedua dari sudut sosial. Dari sudut satera, ia secara terang-terangan merendahkan status bahasa melayu dalam bidang pendidikan. Kita mengakui, bahasa inggeris merupakan bahasa utama dalam bidang sains dan matematik, pun begitu, ia tidak bermakna, orang kita mampu bersaing dalam bidang tersebut hanya setelah orang kita menguasai bahasa inggeris.
Bahasa bukan sekadar berperanan dalam sudut pertuturan dan interaksi, bahkan bahasa itu mewakili sesuatu kaum atau etnik, ketinggian bangsa itu akan menaikkan bahasa itu, namun apabila bahasa melayu sudah dinafikan aplikasinya dalam bidang sains dan matematik, ia secara automatik menidakkan keupayaan orang kita dalam bidang tersebut.
Sebelum kebangkitan eropah, bangsa arab merupakan peneraju bidang keilmuan, di mana kitab-kitab dan makalah-makalah yunani dan romawi dialih bahasa kepada bahasa arab, ketika itu bahasa inggeris bukan bahasa utama, ia juga bermula sebagai bahasa vernakular, dan sebaik era perindustrian, bahasa inggeris menjadi bahasa yang penting.
Selagi dasar PPSMI ini diteruskan, maka selagi itu, bahasa melayu akan ketinggalan dan kehilangan fungsi dalam kedua-dua bidang yang penting ini, kelak, meskipun kita menguasai bidang sains dan matematik, bahasa kita masih lagi tiada fungsi dan nilai kerana kita telah meninggalkan ketinggian satera kita.
‘saya tidak pasti kenapa, bila bercakap tentang sastera ini, darah naik ke kepala!’
Kata Prof. Muhammad Salleh, sasterawan negara, yang juga merupakan pensyarah USM.
‘saya dah merantau ke banyak tempat, dari Australia, ke eropah, seterusnya ke benua amerika, mereka tidak pernah meniggalkan sastera mereka’ kata beliau lagi.
Bagi saya, perlaksanaan PPSMI telah menghilangkan peranan bahasa melayu sebagai sebuah bahasa ilmu, dan ia secara langsung merendahkan martabat bahasa melayu di dalam bidang akademik, serta menidakkan keupayaan bahasa melayu untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Pemerhatian kedua bagi saya adalah dari sudut sosial. saya melihat, apabila sistem PPSMI ini dijalankan, mereka yang mampu menguasai subjek sains dan matematik ini hanyalah mereka yang mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik, dan mereka yang menguasai bahasa inggeris dengan baik adalah mereka yang tinggal di bandar dan didedahkan akan bahasa ingeris sejak kecil lagi.
Namun, bagi pelajar-pelajar desa yang masih lagi berfikir, bercakap, menulis, membaca, serta berinterkasi dalam masyarakat dengan bahasa melayu, mereka yang amat jarang didedahkan dengan bahasa inggeris, dan kurang akses dalam mempelajari bahasa inggeris, keupayaan mereka terbatas. Mereka ini merasa terasing dan tidak berminat dengan kelas bahasa inggeris, dan kini, ia sudah menular ke dalam kelas sains dan matematik. Selain tidak faham apa yang diajar, mereka turut merasa rendah diri kerana kurang penguasaan bahasa inggeris.
Menguasai bahasa inggeris adalah penting, namun menguasai sains dan matematik lebih penting, apa guna kita mampu melahirkan ribuan pelajar yang kompetitif dalam bidang sains dan matematik, di kala ratusan ribu anak-anak kita semakin gagal menguasai sains dan matematik di peringkat rendah dan menengah?
Perbezaaan upaya kedua-dua golongan ini dalam bidang sains dan matematik dikhuatiri bakal menjarakkan lagi jurang sosial di kalangan rakyat negara kita, ia akan melahirkan satu keadaan sosio-ekonomi yang tidak sihat di negara kita, di mana jurang kedua-dua golongan ini semakin sukar untuk dikurangkan.
Pada pandangan saya, sudah tiba masanya, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dikembalikan kepada sistem yang asal, dengan mendaulatkan kembali bahasa melayu dalam sektor pendidikan negara kita.
Friday, December 26, 2008
PPSMI
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 9:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen sahabat:
yup, PPSMI salah satu cara "terbaik" untuk membunuh bahasa kebangsaan kita.. di peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti universiti, taklah menjadi masalah sangat kepada pelajar, kerana pelajar "sudah matang", berbanding dengan sekolah rendah. sepatutnya, pelajar sekolah menengah dan rendah perlu dimantapkan penguasaannya terhadap bahasa inggeris terlebih dahulu sebelum sains dan matematik ditukar dari BM ke BI
Assalamualaikum YDP..
Alhamdulillah..nta dah mula sokong pendapat ana. bkn ari tu nta yg dok pulun pertahan ka..hm, tu la YDP. Mana ada bangsa kt dunia ni yg membina tamadun dengan bahasa orang lain. Tengok la Tamadun Islam, Tamadun India, Cina, Eropah.. para sarjana mereka mencedok ilmu dari mana2 tamadun (terpaksa belajar bahasa ilmu yg nak dicedok) dan mereka meluaskan ilmu kepada bangsa mereka dalam bahasa sendiri..Kalau orang Melayu pun xyakin bahasa mereka mampu menjadi bahasa ilmu, nak tunggu sapa yg nak yakin.. Anak-anak menteri memang la tak terjejas, sebab budaya melayu memang dah lama terhakis dari diri mereka..
'Kembalikan Maruah Bahasa Melayu'!!
People says its time for us to be PLAYER no longer FOLLOWER.
Tend to act as GOOD Moslem & not limited as GOOD user only. Culture may contribute low influence to this matter.
The implementation of IDEA than the language itself should be highlight, accordingly. IF one idea delivered in particular language (eg, japan publish their research journal in Japanese) will indirectly promote the language per se.
Can we do that? Time to change our perception. Its excellent to be a good English user, but an ideal person who able to tackle it by own Mother tongue is more precious.
Obviously, at early stage of adaption, what we can do such as updated information from Malaysia, should be given in both languages. etc. You guys can think what coming next right,university student?
Best of luck.Chayok2!
Post a Comment