Saturday, March 28, 2009

AGM PMIUSM

Bismillahirrahmanirrahim,

Tulisan pada kali ini sedikit berbeza, kerana saya bukan lagi menulis sebagai seorang pemimpin, tetapi sebagai orang yang dipimpin, lalu ada sedikit kelainan yang saya rasa apabila menulis ‘entry’ kali ini. Hakikatnya, sudah lama saya mahu menulis ‘entry’ ini, namun tumpuan saya terhadap thesis FYP yang masih lagi dalam proses edit sebelum diserahkan pada 3hb April ini mengengkang banyak kegiatan saya untuk tiga minggu ini. Semua ini gara-gara kegagalan diri sendiri yang gagal merancang dengan baik, bagaimanpun saya curi sedikit masa untuk menulis ‘entry’ kali ini.



15hb Mac lalu merupakan satu tarikh penting bagi saya, kerana setelah selama dua sidang saya memimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM), selaku Yang Di-Pertua, akhirnya saya melepaskan jawatan itu pada tarikh 15 Mac. Hari itu, ada dua perasaan yang bermain dalam diri, yang pertama teruja, kedua menyesal. Selepas pulang dari AGM, saya cuba mengingat kembali saat diberikan taklifan ini. Ketika itu saya masih di tahun satu, mantan YDP, Abg Shaik, bangun dan mencalonkan saya, dipendekkan cerita, saya diisytiharkan menang tanpa bertanding.


Apabila pertama kali diangkat sebagai pemimpin, dan duduk di depan sebagai pemimpin, ketika itu, satu perasaan yang berat saya rasai, kerana saya sedar, selepas ini, selaku pemimpin, tanggunjawab lebih besar dari orang di bawah, dalam masa yang sama hak pemimpin itu lebih sedikit berbanding orang di bawah, lebih-lebih lagi untuk memimpin sebuah persatuan yang menjadi pentas dakwah dan politik kampus. Saya masih ingat wajah abg. Shaik yang tersenyum lebar pada malam itu, saya faham maksud senyuman itu, ada makna yang tersirat. ‘Ana bangga melihat kepimpinan jemaah kini dianggotai oleh adik-adik’, kata Abg. Yusof, mantan pengerusi DATAR PMIUSM.


Ada orang menganggap, menjadi pemimpin atau presiden atau ameer sesebuah organisasi ini adalah satu tugas yang atau ‘title’ yang glamour atau popular. Mana-mana pemimpin yang beranggapan begitu, pemimpin itu sudah silap, on the first step, he or she is make a wrong perception on his or her title, menjadi pemimpin, ada kala, kita akan bahagia, namun lebih kerap kita akan rasa sengsara dan tertekan, kerana di bahu pemimpin itu ada satu tanggunjawab yang menekan setiap masa, menuntut kepada kefahaman, pengorbana dalam menjayakan agenda jemaah, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, kesabaran dalam menghadapi kerenah, dan kebergantungan kepada Allah dalam mendapatkan redhaNya.


Dek kerana tekanan dan tuntutan inilah, ramai yang menolak untuk menjawat jawatan dalam jemaah dakwah seperti PMIUSM ini, ramai yang lebih suka menjadi orang yang dipimpin, daripada memimpin dan berdepan dengan 1001 kerenah manusia. Dulu, saya hairan kenapa abang-abang yang mewarisi kepimpinan kepada kami begitu gembira di saat menyerahkan jawatan, pada 15 Mac lalu, saya memahami jiwa dan perasaan mereka semua, apabila rasa teruja itu datang sejak malam raptai lagi, sampai pening kepala Kak Mas selaku pengarah AGM. Namun, yang pasti, meletakkan jawatan tidak bermaksud menggugurkan terus jawatan pendakwah dalam diri. Jawatan itu hanyalah sebagai wasilah kepada dakwah, kebersamaan dalam amal islami ini adalah satu tuntutan hingga hujung hayat.


Sepanjang dua sidang ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutama sekali ahli-ahli jemaah dakwah kampus, PMIUSM yang pernah terasa dengan tindakan atau keputusan yang saya putuskan, yang pasti tidak semua yang saya putuskan itu sentiasa tepat dan betul. Selaku ameer kepada PMI, ada kala, saya perlu memutuskan sesuatu yang tidak disukai oleh orang lain, demi satu maslahat yang lebih utama. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini membantu saya, mengemudi PMIUSM. Mereka adalah yang sentiasa memahami dan memberi bantuan kepada saya dalam menghadapi setiap masalah-masalah, dan sebenarnya, mereka adalah orang ynag membawa kejayaan kepada PMIUSM. saya teringat kata-kata salah seorang exco saya,

“Sesungguhnya, tanpa orang di bawah, seorang pemimpin itu tidak punya apa-apa, maka, hargailah kami di bawah ini”

Kata-kata nta ini ana pegang sampai sekarang akhi.


AGM kali ini juga lebih bermakna, kerana dihadiri dan dirasmikan oleh ayahanda Prof. Omar Osman, Timbalan Naib Cancellor BHEPP, yang sentiasa sabar dan memberi nasihat kepada kami, PMIUSM. Kehadiran Ust Zamrus, selaku wakil pengarah Pusat Islam, menambahkan lagi seri hari bersejarah ini. Ust Zamrus, saya anggap sebagai abang saya sendiri, adalah tempat saya berkongsi suka dan duka sepanjang memimpin PMIUSM, sokongan dan nasihat beliau kepada saya selama ini amatlah saya hargai.


Akhir sekali, buat Sdr. Muhammad Hanif Bin Alias, tahniah dan takziah ana ucapkan, nta menerima nasib yang sama macam ana, diangkat sebagai pemimpin ketika masih di tahun satu, ana faham macam mana keadaannya. Namun, selaku orang yang mengenali nta, mengetahui prestasi gerak kerja nta, ana amat yakin, yang nta mampu buat jauh lebih baik dan cemerlang berbanding ana. InshaAllah, nta mampu lakukan, bertenang dan yakini lah pilihan dan ketetapan Allah ini. Allah lebih kenal nta, dan Allah tidak akan meletakkan ujian yang tidak mampu nta terima, banyakkan bersabar dan banyakkan masa bersama Dia. Buat kepimpinan baru PMIUSM, anda semua adalah generasi PMIUSM yang baru, bentuklah PMI berdasarkan ilmu dan zaman anda semua, perlu lebih yakin dan berani di atas jalan ini. Moga-moga di bawah pimpinan anda semua, izzah islam itu kembali menyinar di kampus Minden, InshaAllah...

"Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat"- Bapak Natsir

Seeru a’la barakatillah......

2 komen sahabat:

Nadiah Sidek said...

pasti byk suka duka, pahit manis sepanjang memikul amanah sbg seorg pemimpin, kan? akk pun prnh merasainya dulu=)

tp akk yakin ashraf dah laksanakan amanah tu sebaik mgkn.

smg kita istiqomah dlm perjuangan sehingga ke akhir hayat walau di mana saja kita berada...

MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH said...

Terima kasih kak Nadiah,
doakan ana istiqamah