Wednesday, July 22, 2009

Sejarah: Isra' wa Mikraj

Sebagaimana semua sedia maklum, bulan rejab adalah bulan yang menyaksikan satu peristiwa penting dalam sejarah islam, iaitu isra’ wa mikraj. Isra’ bermaksud diperjalankan, manakala mikraj diangkat, dalam kes ini, Allah memperjalankan baginda dari masjid al haram ke masjid al-aqsa, seterusnya baginda di mikrajkan ke sidratul mumtaha, satu tempat yanag mana tidak boleh dimasuki sesiapa hatta malaikat Jibril, namun, baginda diberi kemuliaan oleh Allah swt untuk memasuki dan bertemu Allah swt secara berdepan, inilah kemulian Muhammad saw, serta kemuliaan kepada umat Muhammad.

Kebanyakan ulama’ berpandangan peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab, baginda di isra’ dan dimikraj pada sebelah malam, ada dua pandangan ulama’dalam isu ini, iaitu, pada awal malam dan lewat malam. Namun, perkara penting dalam peristiwa ini adalah, satu anugerah Allah swt kepada umat Muhammad saw, serta kemuliaan Baitulmaqdis kepada umat islam.

Di dalam surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud,

“Maha suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Menurut ayat ini, bumi Quds adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan sekelilingnya. Allah yang memberkati tempat ini. Pada suatu malam, Jibril datang kepada Muhammad yang sedang tiddur di Kaabah. Seperti yang sama-sama kita ketahui, Jibril membawa Muhammad naik Buraq iaitu kenderaan dari syurga, dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Palestin.

Di masjid al-Aqsa, sdang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghidupkan para rasul dan nabi untuk bertemu dengan Muhammad ddi Masjid al-Aqsa. Ulama’ menyebut jumlah para rasul ialah 315 orang dan jumlah para Nabi 24,000 orang. Allah mengumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan Muhammad. Tidak ada tempat di dunia ini yang mana semua rasul dan nabi-nabi berkumpul di situ melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, “semua rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah.”

Bagaimana kita hendak baayangkan Muhammad mengimamkan solat para rasul dan nabi. Persidangan para rasul dan nabi. Inilah kemuliaan Muhammad. Solat dan persidangan yang tidak berulang lagi buat kali kedua di bumi ini.

Selepas solat, Jibril datang membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Muhamad. Muhammad memilih susu.

Jibril berkata kepada Muhammad, “kamu terpimpin kerana memilih susu, wahai Muhammad. Begitu juga umat kamu.” Ini menunjukkan arak itu perkara yang tidak baik. Selepas itu, baru ianya diharamkan. Allah menjaga rasulnya. Baginda tidak pernah minum arak sejak kecil lagi.

Kemudian, baginda dimikrajkan iaitu diangkat ke langit. Inilah kuasa Allah yang tidak ada batasannya. Muhammad dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya, kalau Allah mahu, Allah boleh buat perkara di luar jangkaan akal dan kekuatan manusia. Apabila dibuka pintu langit pertama kepada Muhammad, di situ sahaja Muhammad melihat pelbagai perkara yang ajaib. Antaranya, Muhammad melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila lelaki ini berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila dia berpaling ke kiri dia menangis.

“Siapa ini?” Muhammad bertanya kepada Jibril.

Jibril menjawab, “Itulah Adam. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka tersenyum dia. Apabila dia memandang ke kiri, dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, maka menangislah dia.”

Kemudian, Muhammad melihat ada orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka mengangakan mulut mereka lalu para malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka.

Muhammad bertanya Jibril,”Siapa mereka ini?”

Jibril berkata, “ Mereka inilah orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim. Mereka disiksa di sini dulu sebelum diseksa si akhirat selepas Kiamat nanti.”

Muhammad kemudian melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka semua terlentang kemudian kaum Firaun lalu di situ sambil memijak perut orang-orang tadi. Kaum Firaun ini dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka itu, mereka memijak perut orang-orang lelaki yang sedang teerlentang ini.

Muhammad bertanya, “Siapa mereka itu?”

Jibril berkata, “ Mereka adalah orang yang makan riba. Diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di neraka.”

Kemudian, Muhamamd melalui sekumpulan lelaki yang mempunyai dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih. Satu lagi yang buruk dan busuk. Tetapi mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu.

Muhammad bertanya, “ Siapa mereka wahai Jibril?”

Jibril berkata, “Mereka inilah orang-orang yang berzina. Mereka ada yang halal tetapi mereka tetap mencari yang haram walaupun mereka tahu akibatnya maacam-macam penyakit di dunia dan azab di akhirat.

Kemudian, di langit yang kedua Muhammad bertemu dengan Isa dan Yahya. Di langit yang ketiga Muhammad bertemu dengan Yusuf. Di langit yang kelima, Muhammad bertemu dengan Harun. Di langit yang yang keenam Muhammad bertemu dengan Musa.

Di langit yang ketujuh, Muhammad melihat Baitul Makmur, Kaabah bagi penduduk langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan Baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi. Di situ Muhammad melihat ada seorang lelaki sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan-akan rupa baginda.

Muhammad bertanya, “Wahi Jibri, Siapa ini?”

Jibril berkata, “itulah bapa kamu, Ibrahim”

Pada setiap langit, beliau disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat. Sampai di penghujung langit yang ketujuh, Muhammad melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat kali pertama semasa Muhammad berlari pulang ke rumah dari Gua Hira’. Ini kali kedua Muhammad melihat Jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratul Muntaha.

Dalam surah al-Najm ayat 13 dan 14, Allah menyatakan yang bermaksud,

“Dan demi sesungguhnya! Muhammad melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi, di sisi Sidratul Muntaha”

Akhirnya, Muhammad sampai ke tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai ke situ walaupun dia seorang rasul dan nabi. Kemudian, baginda sampai di suatu tempat yang tidak pernah sampai ke situ para malaikat kecuali Jibril.

Kemudian baginda sampai ke suatu tempat dan Jibril meminta Muhammad ke depan.

Jibril berkata, “kalau aku ke depan selangkah, aku akan terbakar.”

Akhirnya, beliau sampai ke Sidratul Muntaha. Di tempat yang sangat luar biasa ini, dalam pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan solat kepada Muhammad dan umat baginda. Semua undang-undang islam Allah perintahkan melalui Jibril, tetapi perintah solat diterima sendiri oleh Muhammad terus daripada Allah. Ini menunjukkan bertapa besarnya solat itu di sisi Allah, ia merupakan tiang kepada agama ini.

Selepas pertemuan itu, Muhammad turun dan bertemu dengan Musa.

Musa bertanya, “Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu.”

Muhammad berkata, “Allah memerintahkan 50 fardhu solat sehari semalam.”

Musa berkata, “suku Israel diperintahkan kurang daripada itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintalah Allah ringankan lagi.”

Kerana belas kasihan dan kasih kepada umatnya Muhammad meminta Allah meringankan sehinggalah menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya, tetapi Allah tetap member pahala menyamai 50 kali.

Kemudian Muhammad turun ke Baitulmaqdis semula. Dari Baitulmaqdis, baginda pulang ke Mekah. Dalam perjalanan ini, baginda menyaksikan pelbagai permandangan. Antaranya, Muhammad melalui suatu rombongan yang menunggang unta. Apabila unta ternampak Buraq, unta menjadi takut dan ada yang lari. Tuannya mengejar untanya tetapi tidak berjaya. Muhammad memberitahu mereka di mana tempat unta mereka bersembunyi. Memang benar, apabila mereka pergi ke tempat itu mereka menjumpai unta berkenaan.

Pada malam itu juga Muhammad tiba kembali ke Mekah. Semua peristiwa yang berlaku dan perjalanan yang memakan jarak yang begitu jauh sampai ke langit ketujuh dan sampai ke Sidratul Muntaha, berlaku hanya dalam amsa separuh dari malam.

Sebelum pagi, baginda sudah sampai di Mekah semula. Selepas solat subuh, Muhammad yang masih terkesan dengan peristiwa dan pengalaman semalam duduk sambil mengingat kembali apa ynag berlaku kepada beliau semalam. Abu Jahal melihat Muhammad dalam keadaan yang begitu dapat menangkap ada sesuatu yang berlaku kepada baginda. Lalu Abu Jahal datang duduk berdekatan dengan Muhammad.

Dia bertanya kepada Muhammad, “Wahai Muhammad, adakah berlaku sesuatu kepada kamu?”

Muhammad berkata, “Ada.”

Dia bertanya, “Apa yang berlaku Muhammad?”

Muhammad berkata, “Malam tadi aku pergi ke Baitulmaqdis dan aku pulang semula ke sini.”

Abu Jahal gembira mendengar berita ini kerana dia rasa dia mendengar perkara baru bagi memburukan baginda.


Baca Selengkapnya....

Tuesday, July 14, 2009

Sejarah:Kelahiran Muhammad Bin Abdullah

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah Binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada keturunan Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib. Abdul Muttalib membawa Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki” kelahiran ini adalah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun gajah atau 50 hari selepas peristiwa tentera bergajah.

Banyak perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hassan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu ddaripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang Ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, “Bintang Ahmad muncul di langit.” Bintang ini hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hassan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak berasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Muttalib, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita tadu, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib terus membawa Muhammad ke Kaabah sambil sujud syukur kepada Tuhan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri Syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan Ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhamamad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu orang-orang arab tiudak ada yang bernama Muhamamad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhamamad juga dalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Parsi, kerajaan yang paling besar ketika itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Parsi itu tertimbus.

Apabila Kisra melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah ynag memberitahu berita-berita ini kepada para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud,

“Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah”

Ada antara pendeta ini menyebutkan pada Kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi. Kisra bertanya maksud 14 anjung istana yang runtuh, mereka berkata,”Kerajaan Parsi akan diperintahkan oleh 14 orang Kisra lagi dan selepas itu kerajaan Parsi akan jatuh.”Kisra berkata,”14 orang Kisra lagi, memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlu dirisaukan.”

Selepas kematian Kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang Kisra memerintah Parsi. Semua ini adalah petanda kejatuhan kerajaan paling besar pada masa itu iaitu kerajaan Parsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.


Baca Selengkapnya....

Nafas baru

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt...

Salam sejahtera kepada semua, pertama sekali di sini, saya memohon kemaafan di atas kelesuan blog ini untuk tempoh lebih dari sebulan. Kalau blog ini disamakan dengan tanah lapang untuk bercucuk tanam, maka boleh dikatakan blog ini ibarat sebidang tanah yang dijadikan habitat oleh segala macam binatang dan haiwan perosak.

Kalau ditanya, “kenapa tak update blog?” Saya akan jawab saya dah hilang minat menulis dan saya terfikir untuk ‘terminate’ blog ini. Mungkin ada yang fikir saya berseloroh, sebenarnya tidak. Entah kenapa, sejak pulang ke Kelantan selama sebulan, saya mula hilang minat menulis, ditambah kesempitan masa untuk mencari masa sesuai untuk menulis, ditambah keadaan yang kurang memberi idea dan semangat untuk menulis. Kerana kita menulis untuk berkongsi, berkongsi idea, pandangan, dan pengetahuan yang kita dapat dari kehidupan seharian kita, dan kita mengharapkan komen-komen yang mampu membuka pemikiran kita, penulis.

Di rumah, ‘feel’ menulis dan berkongsi itu tidak ada, dan hampir-hampir padam. Namun, sekembali ke kampus, melihat semangat adik-adik dalam gerak kerja amal islami perlahan-lahan meniup kembali semangat untuk bersama-sama mereka. Maka perlahan-lahan rasa ingin menulis itu datang kembali, maka saya meminta seorang sahabat ‘akrab’ untuk mengubahsuai blog ini untuk mendapat nafas baru. Alhamdullilah wa shukran lillah, inshaAllah dengan semester baru ini, blog ini akan kembali beroperasi.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat PMIUSM yang telah melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti semester yang lepas, tahniah kepada antum, semoga nikmat kurnia Allah itu akan menggerak dan memacu perjuangan antum dengan lebih pantas dan mapan...inshaAllah

(p/s: maaf kepada para pembaca yang tidak mendapat apa-apa dari artikel kali ini, sekadar perkongsian biasa)


Baca Selengkapnya....