Jika ditanya pada semua ahli gerakan islam, apakah rukun usrah, semua dengan mudah boleh menjawab taaruf, tafaahum, dan takaful. Taaruf, kenal mengenal antara satu sama lain, siapa sahabat kita, secara asas. Tafaahum, memahami sikap dan keadaan sahabat seusrah masing-masing, secara terperinci, perangainya, sikapnya, komitmennya etc. Takaful, bersedia untuk berkongsi masalah, dan berkorban untuk sahabat sesama usrah. Itu adalah asas pembinaan sebuah usrah yang tegar dan tetap di atas asas aqidah, namun sejauh mana rukun ini difahami, dihayati dan dipraktikkan ahli gerakan islam? Kesemua rukun ini adalah asas kepada ukhawah dalam jemaah, sesebuah jemaah yang bermunazomah, tiada mungkin mampu digerakkan tanpa memiliki kesatuan yang mantap di kalangan ahli jemaah. Ini kerana matlamat jemaah itu besar dan berat, tidak mungkin mampu untuk dipikul oleh seorang dua semata-mata. Memikul beban ini memerlukan satu ikatan yang kukuh di kalangan ahli gerakan dan ia adalah ikatan hati antara ahli gerakan. Apabila saya berdepan masalah kesatuan ini, kebanyakannya berpunca dari salah tanggapan antara ahli gerakan. Sudah pasti ini berlaku, gerak kerja yang bertimbun dan berterusan, membina stress di kalangan ahli, apabila melihat sahabat sejemaah mereka tidak terlibat atau kurang nampak kerja mereka. Analoginya, Ahmad dan Ibrahim berada bersama dalam sebuah organisasi dakwah, apabila si Ahmad berkahwin dan mempunyai komitmen terhadap keluarga, masanya untuk bersama gerak kerja sedikit terbatas, namun dia tidak pernah berhajat meniggalkan gerka kerja islam ini. Ibrahim yang keseorangan mula merasa syak terhadap Ahmad, “Aku je ke yang buat semua ni?”, mulut mula menyuarakan kata-kata hati, “Dia tu cakap pandailah, buat kerja jauh api dari panggang”. Bagi Ahmad, kata-kata Ibrahim itu memfitnah dia, memburukan pribadinya, baginya, Ibrahim tidak memahami dan mendalami masalah dirinya, sebagai tanda protes dan kecewa terhadap tindakan Ahmad yang merobekkan ikatan ukhwah itu, Ibrahim dengan sengaja mengurangkan aktivitinya dengan gerak kerja islam, “Dah dia pandai sangat, buatlah semua”. Satu gambaran keretakan ukhwah yang berpunca dari salah faham dan buruk sangka antara satu sama lain. “Selemah-lemah ukhwah adalah bersangka baik dengan sahabat-sahabat”, itulah kata-kata yang sering diungkap Ghafar waktu saya di tahun dua, dulu kata-kata itu tidak memberi apa-apa makna kepada saya dan bagi saya ia remeh. Kini, saya sedar bertapa beratnya untuk bersangka baik dengan sahabat. Pengorbanan perasaan adalah kewajiban. Perasaan marah, geram, tertipu, diperbodohkan, dan bermacam-macam lagi merupakan asam garam dalam perjuangan. Setelah perasaan sendiri dikorbankan, perlu ada sifat berlapang dada dan usaha memahami keadaan sahabat, seterusnya membantunya dalam bergerak kerja. Di sinilah elemen Tafaahum dan Takaful itu kita praktikkan. Teringat kata-kata puteri Allayarham Ust Fadzil Noor, Ustz Muna Izzah apabila ramai orang bercakap dan memperkatakan jasa bapanya ketika masih hidup. Kata Muna Izzah, “Hari ini ramai yang bercakap dan menyanjung perjuangan ayah, tapi saya masih ingat bagaimana muka ayah pulang ke rumah setiap malam dengan wajah sedih kerana setiap usaha dan idea ayah ditentang dan diperkecilkan orang-orang lain dalam parti”. Hari ini, ramai orang melihat bertapa besarnya peranan Ust Fadzil suatu ketika dahulu, semua itu tidak akan tercapai tanpa kekuatan dalaman yang kuat, teguh dan tegar dalam menghadapi tekanan perasaan. Manusia memiliki akal dan pengetahuan yang sedikit dan terhad, dan manusia suka membuat pengadilan berdasarkan apa yang dia tahu dan nampak semata-mata, kerana baginya itulah kebenaran, ‘Human just think what they think is right’. Jarang sekali akal menyangkal apa yang disangkanya benar, mahu memikirkan sebab musabab di sebalik sesuatu perkara. Sebagai ahli gerakan, bersangka baiklah kepada sahabat perjuangan, jangan kerana sikap Ghulu (Tergesa-gesa) dalam menilai dan mengadili membuatkan anda membina ‘Chain of hatred’ di kalangan sahabat-sahabat anda.
Tuesday, August 25, 2009
RUKUN USRAH
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 2:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen sahabat:
salam, aku terbalas pada blog pmi plak. huhuhu. dah tekan submit baru tersedar, bukan 'ashraf' punya blog.
salam ramadhan.
Post a Comment