Sunday, January 10, 2010

Matlamat kehidupan..

Allah mencipta setiap sesuatu itu sebagai makhlukNya, Dia mengatur segala urusan alam ini. Semua makhluk tunduk dan patuh, bertindak dan berfungsi di dalam alam ini seperti mana matlamat ia dijadikan Allah. Pernahkah kita berfikir kenapa setiap benda dalam bumi ini mesti bersifat sebagaimana kita tahu pada hari ini?

Pernah kita berfikir, mengapa di dalam lubang semut itu, hanya ada seorang ratu? Mengapakah semua semut patuh pada ratu semut itu? Bagaimana ratu semut itu tahu peranannya untuk mempimpin semua semut dalam lubang itu? Tanpa sebarang persaingan, tanpa sebarang latihan. Pernahkah kita berfikir kenapa pentadbiran dalam lubang semut itu begitu, malah sama sahaja di sudut dunia mana sekalipun?

Pernah kita berfikir, mengapa ketika janin mencapai kesempurnaan jasad, janin itu mendapat makanan melalui tali perut? Mengapa tiada rasa lapar ketika itu? Bagaimana peparunya hanya berfungsi sebaik dilahirkan? Mengapa ia mesti bergitu sedangkan segala organ itu telah bersedia? Apa yang mengawalnya?

Pernah kita berfikir? Kenapa apabila awan-awan bergabung dan membentuk air, kenapa bergelen-gelen air hujan yang turun dari awan itu mesti dalam bentuk titisan? Sudah tentu kalau ia turun sekaligus, mati seluruh makhluk di bawahnya, apa yang menyebabkan ia turun dalam bentuk titisan? Apa yang menahan air itu?

Semua ini adalah aturan Allah swt. Dia menciptakan semua ini di alam ini dan Dia yang menentukan bagaimana setiap makhluk itu berperanan, setiap makhluk apabila lahir atau tercipta di bumi ini terus berperanan sebagaimana yang dikhendakiNya. Inilah sunnatullah Allah swt, mereka semua taat dan beribadat kepada Allah dengan menurut tujuan ia diciptakan.

Manusia, sebagaimana makhluk-makhluk lain, juga ada perananya dan matlamat diciptakan, iaitu untuk beribadat dengan mentadbir alam ini sebagaimana dikhendakiNya. Berbeza dengan makhluk lain, Allah memberi pilihan kepada manusia, sama ada mahu hidup memenuhi matlamat penciptaan atau tidak. Allah mengilhamkan sukma taqwa dan fasiq di dalam hati manusia untuk memilih jalan fitrah kejadianya atau tidak.

Namun, Allah maha adil, Dia mengutuskan Rasul kepada manusia untuk membimbing manusia kepada peranannya yang sebenar. Apa yang disampaikan oleh para anbiya’ itulah syariatullah. Fitrah manusia adalah hidup mengikut apa yang disyariatkan, di kala manusia mengikut dan melaksanakan tujuan penciptaannya itulah, manusia dikatakan beribadat kepada Allah sebagaimana makhluk-makhluk lain di dalam dunia ini.

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada Aku”


0 komen sahabat: