Saya tertarik dengan satu laporan Berita Kampus (BK) USM yang bertarikh 20 Januari 2009 lalu yang melaporkan mengenai kurangnya sambutaan pelajar terhadap rapat umum yang diadakan sempena pilihan raya kampus (PRK) yang lalu. Ramai pelajar yang ditemuramah, terutama pelajar tahun dua dan tahun tiga, mengatakan sambutan pelajar terhadap pilihan raya kampus kali ini amat suram dan lesu.
“Akhi, enta rasa camna PRK kali ni?”
Tanya saya pada seorang junior tahun satu, Farzli sebelum rapat umum dimulakan,
“Jujur kata, memang indah khabar dari rupa, saya dok pikir sama hangat dengan PRU lepas, sekurang-kurangnya tsunami politik tu ada tempias jugak dalam PRK kali ni, tapi habuk pun takdak”
Semangat, kata saya dalam hati, walau baru tahun satu, kecelikan politik Farzli mengatasi pelajar tahun tiga yang saya kenal, mungkin kerana majornya sains politik.
Namun, realiti kesuraman dan kelesuan PRK kali ini merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan sesiapa sahaja, mahasiswa, mahupun staf. Ramai staf yang bertanya pada saya, kenapa PRK kali ini muram yang amat sangat?
Bagi saya terdapat beberapa faktor yang dapat kita ketengahkan, minor mahupun major.
Tempoh kempen yang pendek, hanya dua hari jika nak dibandingkaan dengan sesi lepas hampir seminggu adalah perbezaan yang amat ketara, tempoh kempen yang pendek menyebabkan mahasiswa gagal mengenali calon dengan lebih dekat dan berkesan.
Lebih dari itu tempoh kempen adalah masa bagi calon memperkenalkan apa yang diperjuangkan, seterusnya menjadi sebab bagi mahasiswa-mahasiswi memilih mereka, namun kali ini ramai yang mendakwa mereka tidak mengenali calon-calon mereka, rasional tempoh kempen yang pendek? Satu soalan yang wajar diajukan kepada KPT.
Faktor kedua bagi saya adalah kreativiti kempen untuk calon-calon sepanjang tempoh kempen. Selama tiga tahun saya di USM, saya dapati hampir semua bahan kempen calon diurus dan diselia oleh pegawai-pegawai HEPP yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya kampus.
Bermula dari kertas yang digunakan, design banner, gambar untuk poster, hampir semua diselaraskan, diuruskan oleh Suruhanjaya yang tidak pernah bertanya pada calon-calon, adakah mereka berpuas hati.
Bermula tahun lepas, Suruhanjaya mengeluarkaan poster yang menggabungkan gambar semua calon, siapa yang nak tengok dan gantung poster sebegitu? Bagi saya, calon-calon seharusnya diberikan ruang seluas mungkin untuk menggunak kreativiti mereka ketika berkempen, barulah ada kelainan dan keunikkan bagi setiap calon, dan ini secara signifikan akan memeriahkan lagi pilihan raya kampus.
Walau bagaimana, kedua-dua faktor di atas adalaah faktor external dan minor bagi saya, faktor yang paling utama yang menyumbang kepada kelesuan PRK kali ini adalah kesedaran sivik dan politik mahasiswa kini.
“Do you know that peoples are saying our university students now cannot think?”
Kata seorang pensyarah saya,
Ya, secara kasar saya bersetuju dengan pendapat itu, budaya ibu bapa dan masyarakat kini yang terlalu meletakkan kualiti seseorang itu pada keputusan akademik sedikit sebanyak telah menjadikan mahaasiswa kini pasif dengan isu-isu semasa, dibelenggu dengan sifat individualism, dan hanya berminat dengan kehidupan pribadi mereka.
Saya akui, keputusan akademik yang cemerlang menggambarkan mahasiswa itu begitu berdisplin dengan akademik mereka, begitu tekun mentelaah pelajaran, dan mampu menjadi pekerja yang baik apabila bekerja kelak.
Namun adakah mahasiswa kita apabla bergraduasi hanya mahu bekerja untuk masa depan mereka, tanpa menghiraukan apa yang terjadi di sekeliling mereka? Atau adakah universiti ini hanya sebagai kilang untuk menghasilkan pekerja kepada negara? Bagi saya tidak.
Universiti berfungsi membentuk negarawan yang baik, cakna, dan responsif kepada masalah-masalah negara dan berusaha untuk membawa negara ke tahap yang lebih baik, bukan sekadar melahirkan seseorang yang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pendapatan pribadi.
Pilihan raya kampus adalah politik kampus,
Bagi majoriti mahasiswa politi adalah kotor, lalu mereka tidak berminat dengan politik.
Ya, saya akui, politik ada kekotoran dan sifat keji, namun perlu kita ingat politik adalah penentu kepada masa depan negara dan rakyatnya, proses pemilihan pemimpin, proses menilai kepimpinan, hala tuju negara, semuanya adalah politik dan ia penentu kepada negara.
Buta politik, akan muncul satu golongan yang menggunakan politik untuk kepentingan mereka dengan menggadaikan kepentingan umum. Lalu, membuang politik dari kehidupan, tak endah dengan politik bukan jawapan.
Lebih-lebih lagi mahasiswa yang dibentuk di universiti untuk menjadi negarawan yang mengambil tahu dan berperanan dalam hal-hal kemanusiaan dan kesejagatan, tidak boleh membuang pengetahuan politik, apa yang terjadi di sekitar mereka begitu sahaja.
Namun, realiti mahasiswa kita hari ini hanya duduk dan membaca buku akademik, membaca buku yang di luar bidang akademik mereka jauh sekali, bemain computer games apabila tertekan dengan akademik, keluar melepak, dengan kawan-kawan, itu sahaja yang mereka lakukan. Saya tidak mengatakan semua itu salah, namun tindakan mengendahkan hal-hal semasa di peringkat kampus, nasional, dan antarabangsa, adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana pelajar universiti.
Ia berkaitan generasi akan datang, fonomena lesu dan buta politik di kalangan mahasiswa tidak akan melahirkan mahasiswa yang berpandangan jauh dan mempunyai jiwa yang bertanggunjawab kepada masa depan agama, bangsa dan negara.
Fonomena ini bagi saya akan memberi impak yang besar kepada negara, dan perlu diatasi dengan segera, mahasiswa perlu diberi kesedaran yang lebih akan isu-isu semasa, untuk membolehkan mereka mampu mendepani masyarakat dan dunia sebenar apabila bergraduasi kelak.
Sunday, January 25, 2009
Kesuraman Politik Kampus
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 10:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen sahabat:
Assalamualaikum,mmg ana amt stuju skali dgn pandgan enta bhwa prk usm kali ini amt muram dan lesu.Walaupun ana baru je thn prtama di sini,tp ana lht prk di UM bgitu meriah dan segit skali brbnding di USM.Ana tkjut dgn laporan akhbr Harakah yg mngatakan TNC sndri snggup mmberi rasuah kpd calon pro-M di smpng isu kepala khinzir yg diletakkan di ats bndera Pas yg diconteng dgn prkataan "PMI Pro-M Pas" di dlm usrau Akademi Pngajian Islam,UM.Tp bkn ini yg mahu ana ketengahkan tp ana mahu mncari punca knape kbanyakan mahasiswa USM hr ini tdk mahu mngetahui arus politik atau PRK.Sblm PRK,ana ada brtanya tntang aspirasi dan pro-m kpd kwn2 skuliah,rmai yg tdk mgetahui kwujudan pro-m,namn tdk utk aspirasi.mreka bgi2 mngenali calon2aspirasi mmndgkn mreka tlh dperknalkan dgn smgt Aspirasi oleh PPMS sjk mula mndftrkan dri di cni.Ana cdgkan sup lbh ramai lg calon Pro-M kita dpt mnjd sukarelawan PPMS bg mnonjolkan dr sblm memasuki PRK.Kita msti mrancng strategi dr awl lg sup cln kita dpt memenangi byk kerusi spt di UM,UTM,UKM dan UPM baru-naru ini.Di samping itu,bakal2 cln kita hndaklah menaikkan png mreka sup png itu tdk mnghalang mreka drp tdk dpt brtanding.Jika dilihat,PRK kali ini,Pro-M UM mnghantar calon brpngalaman dr klangan senior mreka mnakala cln Aspirsi majoritinya Tahun pertama dan kbanyakannya wanita.Kita disini tumpang gembira di ats kmenangan shbt kita di sana wlaupun hnya 3 org shj calon kita yg brjaya di bumi Minden ini.Mngkn kita blh mgmbl pgjaran dgn mrancng strategi yg lbh efektif.Namun,diingatkan matlamat itu tdk mnghalalkn cara.Apa yg blh ana blh simplkan di sini ialah Kemenangan itu trletak di ats Kesedaran Mahasiswa itu sndri.Mahasiswa spatutnya mngkaji dan meneliti dahulu matlamat prjuangan sbnr kedua-dua pihak yakni Aspirasi dan Pro-M,bkn mlhat yg mana lbh popular,glamor dan moden serta terus trpengaruh dgn smgt assabiyah yg kdg2 sengaja direka bagi memecah-belahkan perpaduan mahasiswa dan mlhirkan rasa benci kpd skelompok individu yg lain.Sbnrnya smua orang mahukan KEADILAN Dan ia akn wujud jika kita sndiri yg memilih pemimpin yg ADIL dan tdk mmpnyai kpntingan trtentu.Terlalu besar makna ungkapan "Mahasiswa Agen Perubahan"
jika smua pelajar mnghayati mksd trsiratnya.Namun,jika mahasiswa terus memekakkan tlinga dan mmbutakan mata,maka PRK akn dtg pun mngkn akn trs suram.Jadi,byk lngkah yg hrs diambil bagi mydrkan pelajar kita tntng kptingan PRK dan corak pentadbiran kampus dari semasa ke semasa bagi menegakkan kalimah Syahadah di bumi USM..ALLAHUAKBAR!
Post a Comment