Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt... Salam sejahtera kepada semua, pertama sekali di sini, saya memohon kemaafan di atas kelesuan blog ini untuk tempoh lebih dari sebulan. Kalau blog ini disamakan dengan tanah lapang untuk bercucuk tanam, maka boleh dikatakan blog ini ibarat sebidang tanah yang dijadikan habitat oleh segala macam binatang dan haiwan perosak. Kalau ditanya, “kenapa tak update blog?” Saya akan jawab saya dah hilang minat menulis dan saya terfikir untuk ‘terminate’ blog ini. Mungkin ada yang fikir saya berseloroh, sebenarnya tidak. Entah kenapa, sejak pulang ke Kelantan selama sebulan, saya mula hilang minat menulis, ditambah kesempitan masa untuk mencari masa sesuai untuk menulis, ditambah keadaan yang kurang memberi idea dan semangat untuk menulis. Kerana kita menulis untuk berkongsi, berkongsi idea, pandangan, dan pengetahuan yang kita dapat dari kehidupan seharian kita, dan kita mengharapkan komen-komen yang mampu membuka pemikiran kita, penulis. Di rumah, ‘feel’ menulis dan berkongsi itu tidak ada, dan hampir-hampir padam. Namun, sekembali ke kampus, melihat semangat adik-adik dalam gerak kerja amal islami perlahan-lahan meniup kembali semangat untuk bersama-sama mereka. Maka perlahan-lahan rasa ingin menulis itu datang kembali, maka saya meminta seorang sahabat ‘akrab’ untuk mengubahsuai blog ini untuk mendapat nafas baru. Alhamdullilah wa shukran lillah, inshaAllah dengan semester baru ini, blog ini akan kembali beroperasi. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat PMIUSM yang telah melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti semester yang lepas, tahniah kepada antum, semoga nikmat kurnia Allah itu akan menggerak dan memacu perjuangan antum dengan lebih pantas dan mapan...inshaAllah (p/s: maaf kepada para pembaca yang tidak mendapat apa-apa dari artikel kali ini, sekadar perkongsian biasa)
Tuesday, July 14, 2009
Nafas baru
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 9:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen sahabat:
Salam.. Biasalah tu.. Semoga anta terus istiqamah..
Post a Comment