Azan maghrib yang dikumandangkan semalam, 19 september 2008 merupakan satu detik penting bagi pencinta ramadhan, azan itu tidak sekadar bermakna masuknya waktu berbuka sebagaimana biasa, namun azan ini juga bermakna telah masuk malam ramadhan ke 20, iaitu 10 malam terakhir ramadhan bagi tahun 1429H.
Entah mengapa, ramadhan kali ini dirasakan begitu pantas berlalu, terlalu cepat rasanya, hingga tanpa saya sedari, telah lama blog ini tidak dijenguk dan ‘post’ kan apa-apa artikel berkaitan ramadhan. Walaubagaimana, alhamdullilah, syukur pada Allah swt, kerana Allah masih lagi mengizinkan diri ini memasuki madrasah ramadhan pada tahun ini, tahun hadapan....?? Hanya Dia yang tahu.
Seingat saya, pertama kali saya berpuasa penuh adalah pada usia 7 tahun, ketika itu berpuasa penuh ada ganjaran, itulah antara strategi yang diguna ma dalam memastikan kami berpuasa penuh, dan sehingga kini, telah hampir 15 tahun ibadat ini diulang setiap tahun.
kalau kita teliti kembali, kebanyakan ibadat dalam islam ini berulang-ulang, solat lima waktu diulang setiap hari, puasa diulang setiap tahun, kerana pengulangan itu mejanjikan kecermelangan dalam beribadat, apabila kita telah terbiasa maka kita mampu melaksanakan dengan cemerlang, ‘repeat is the key of excellent’.
Namun masalah yang timbul apabila kita sentiasa mengulangi benda yang sama, kita akan lupa apakah tujuan atau matlamat ibadat kita itu? Solat adalah satu medium untuk kita menghubungkan hati kita dengan Allah, medium untuk kita berkomunikasi dengan Allah swt, dan ia hanya boleh dicapai dengan kita memahami dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah ketika solat, namun kebanyakkan kita tidak faham pun apa yang kita lafazkan dalam solat kita.
Begitu juga ibadat puasa ini, firman Allah swt,
(al baqarah:183)
Kunci yang paling penting adalah taqwa, ibadat puasa itu dijalankan mestilah di atas dasar mematuhi perintah Allah swt, jika kebiasaannya kita bebas makan dan minum, di siang hari, maka pada kali ini, kita melepaskan diri kita dari kebiasaan itu, kita tinggalkan segala keinginan dan kehendak hati kita itu semata-mata demi mematuhi perintah Allah swt, itulah yang akan melahirkan taqwa dalam diri kita.
Daripada abu hurairah, beliau berkata, Rasulullah bersabda:
"tiap-tiap amalan anak adam di pergandakan pahalanya antara 10-700 kali, Allah azza wajalla telah befirman: kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkan keinginan hawa nafsunya dan makananya kerana Aku semata-mata."
(HR muslim)
Jika benar puasa yang kita jalankan selama 20 hari ini didasarkan pada mematuhi Allah swt, Tahniah diucapkan, moga anda beroleh taqwa, bagi mereka yang berpuasa sekadar kerana kebiasaan, kerana ia peraturan di bulan ramadhan, kerana malu atau disuruh, maka betulkan paradigm pemikiran anda untuk 10 hari terakhir ini, jadikan puasa sebagai medan bagi anda mendapatkan taqwa...
0 komen sahabat:
Post a Comment