“USM ni, masa ana datang dulu kan, masa tu lawatan sekolah, suasana cukup baik!” “Owh…gitu ke? Abg Yusri dulu sekolah kat mana? Baik macam mana tu?” “Abang dulu sekolah STAR, dulu masa abg datang, boleh nampak izzah islam dalam kampus ni, pemakaian, sosial, senang cakap bi’ah tu terasa, kat tasik harapan ni, waktu petang, penuh dengan halaqah usrah!” Lebih kurang begitulah dialog saya dengan Abg.Yusri depan tasik harapan di suatu petang. Kata-kata atau ungkapan yang bercakap tentang keistimewaan USM sebagai sebuah kampus yang subur dengan suasana islam ini bukan pertama kali saya dengar, sebelum saya masuk ke USM pun saya pernah mendengar kata-kata seumpana ini. Malah sahabat-sahabat kampus lain pun ada yang tahu akan sejarah kegemilangan USM. Apabila saya memasuki USM, saya teruja untuk melihat dan merasai sendiri gerak kerja amal islami di kampus ketika itu, tapi rupanya apa yang saya gambarkan sebelum itu jauh dari sangkaan, kampus telah berubah. Tiada kelihatan program-program berteraskan kefahaman islam dan intelek mewarnaikan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi, kalau pun ada sambutannya hambar. Usrah juga jarang kelihatan, kalau pun ada, dibuat dalam keadaan menyorok-nyorok, seumpama orang bersalah. Secara jujur saya kecewa ketika itu. Pun begitu, saya hormat kepada kepimpinan ketika itu yang sentiasa berusaha memikirkan langkah terbaik untuk mengembalikan islam di kampus, saya dapat melihat di sebalik wajah tenang mereka, mereka menanggung beban dalam hati mereka, beban tanggunjawab. Apabila saya mengambil alih kepimpinan, beban itu dapat saya rasai. Matlamat saya hanya satu, mahu mencari kembali formula yang telah hilang, keyakinan bahawa islam sentiasa relevan sepanjang zaman, adalah mutlak, persoalannya adakah pendekatan kami sudah lapuk? Lalu apakah pendekatan yang terbaik di waktu ini? “Kalau kita tidak mampu membawa perubahan yang ketara, atau perubahan yang tidak mampu dilihat sekalipun, setidak-tidak kita mesti menyediakan tapak yang baik untuk generasi kita selepas ini menjulang panji islam di kampus” kata-kata sahabat pimpinan ketika itu. Alhamdullilah, Allah datangkan seorang sahabat yang jelas fikrah dan kaya dengan idea-idea baru dan semasa, perlahan-lahan sepanjang sidang itu saya dan sahabat-sahabat cuba memahami dan mendalami konsep amal islami, matlamat, dan pendekatan yang sesuai dan terbaik. Masuk sidang kedua kepimpinan, semua idea dan pendekatan itu barisan kepimpinan ketika itu cuba ‘implement’ perubahan sikap, pendekatan dan keutamaan yang kami dalami. Walaupun ada kecacatan dan kegagalan, alhamdullilah, hasilnya lebih memberansangkan dan menunjukkan perubahan. Kini, kepimpinan telah diserahkan kepada mereka yang lebih memahami dan mendalami waqi’ terkini. Kurang sebulan dari sekarang, saya akan menanggalkan gelaran mahasiswa dari diri saya, dan dalam tempoh ini saya banyak berfikir apa yang telah saya buat sepanjang dua tahun berada di dalam kepimpinan, teringat kata-kata Ust Hisom, "Kamu Mahasiswa suara kamu adalah emas, sebaik kamu dilucutkan taraf mahasiswa, suara kamu umpana tembaga". Yang pasti saya mengharapkan perubahan yang tidak mampu saya sendiri capai, tinggal satu saja harapan saya, kepimpinan kini mampu merealisasikan apa yang generasi sebelumnya harapkan. Petang semalam, saya ternampak di pulau tasik harapan ada dua usrah sedang berjalan, tiba-tiba hujan turun dengan renyai, siswa-siswi yang sedang berjogging masing-masing terlari-lari anak mencari tempat berteduh, tapi mereka masih kekal dalam halaqah, alhamdullilah, inshaAllah ini adalah permulaan kepada sebuah perubahan. “Islam itu bermula dengan dagang (asing), dan ia akan kembali dagang, maka beruntunglah mereka yang dagang itu.” “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, dia maha penerima taubat.” (An-Nasr:1-4)
Sunday, November 1, 2009
Islam tetap akan bangkit!
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 6:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen sahabat:
salam.
giliran ana untuk mengucapkan kepada anta,
"welcome to the reality".
moga istiqamah akhi. :D (find a zaujah skali ok? ikut macam abang syeikh tu) hahahah.
moga Allah bersama kamu dan org2 yg bersamamu..dan diberi kukuatan dlm menempuh perjalanan..mudah2an..
Post a Comment