Tuesday, January 19, 2010
Pengumuman
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 2:56 AM 0 komen sahabat
Sunday, January 10, 2010
Matlamat kehidupan..
Allah mencipta setiap sesuatu itu sebagai makhlukNya, Dia mengatur segala urusan alam ini. Semua makhluk tunduk dan patuh, bertindak dan berfungsi di dalam alam ini seperti mana matlamat ia dijadikan Allah. Pernahkah kita berfikir kenapa setiap benda dalam bumi ini mesti bersifat sebagaimana kita tahu pada hari ini? Pernah kita berfikir, mengapa di dalam lubang semut itu, hanya ada seorang ratu? Mengapakah semua semut patuh pada ratu semut itu? Bagaimana ratu semut itu tahu peranannya untuk mempimpin semua semut dalam lubang itu? Tanpa sebarang persaingan, tanpa sebarang latihan. Pernahkah kita berfikir kenapa pentadbiran dalam lubang semut itu begitu, malah sama sahaja di sudut dunia mana sekalipun? Pernah kita berfikir, mengapa ketika janin mencapai kesempurnaan jasad, janin itu mendapat makanan melalui tali perut? Mengapa tiada rasa lapar ketika itu? Bagaimana peparunya hanya berfungsi sebaik dilahirkan? Mengapa ia mesti bergitu sedangkan segala organ itu telah bersedia? Apa yang mengawalnya? Pernah kita berfikir? Kenapa apabila awan-awan bergabung dan membentuk air, kenapa bergelen-gelen air hujan yang turun dari awan itu mesti dalam bentuk titisan? Sudah tentu kalau ia turun sekaligus, mati seluruh makhluk di bawahnya, apa yang menyebabkan ia turun dalam bentuk titisan? Apa yang menahan air itu? Semua ini adalah aturan Allah swt. Dia menciptakan semua ini di alam ini dan Dia yang menentukan bagaimana setiap makhluk itu berperanan, setiap makhluk apabila lahir atau tercipta di bumi ini terus berperanan sebagaimana yang dikhendakiNya. Inilah sunnatullah Allah swt, mereka semua taat dan beribadat kepada Allah dengan menurut tujuan ia diciptakan. Manusia, sebagaimana makhluk-makhluk lain, juga ada perananya dan matlamat diciptakan, iaitu untuk beribadat dengan mentadbir alam ini sebagaimana dikhendakiNya. Berbeza dengan makhluk lain, Allah memberi pilihan kepada manusia, sama ada mahu hidup memenuhi matlamat penciptaan atau tidak. Allah mengilhamkan sukma taqwa dan fasiq di dalam hati manusia untuk memilih jalan fitrah kejadianya atau tidak. Namun, Allah maha adil, Dia mengutuskan Rasul kepada manusia untuk membimbing manusia kepada peranannya yang sebenar. Apa yang disampaikan oleh para anbiya’ itulah syariatullah. Fitrah manusia adalah hidup mengikut apa yang disyariatkan, di kala manusia mengikut dan melaksanakan tujuan penciptaannya itulah, manusia dikatakan beribadat kepada Allah sebagaimana makhluk-makhluk lain di dalam dunia ini. “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada Aku”
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 4:14 PM 0 komen sahabat
Saturday, December 19, 2009
Ibrah Hijrah
Kita baru sahaja memasuki tahun baru Hijrah, tahun 1431 Hijrah. Kalendar hijrah dikira bermula pada tahun hijrahnya baginda Nabi Muhammad saw bersama sahabat yang mulia, Abu Bakar as-siddiq. Sebagaimana kita semua tahu, kalendar ini dicadangkan, diperkenalkan dan mula digunakan di saat Saidina Umar al-Khattab memimpin Khilafah islam. Sebelum itu, masyarakat islam hanya menamakan tahun berdasarkan peristiwa setiap tahun walau mereka sudah mempunyai kiraan bulan. Ini merupakan salah satu ijtihad dan kelainan yang dibawa oleh Saidina Umar dalam mencorakkan dan membentuk tamadun islam kala itu. Maka tidak hairan apabila nama beliau diletakkan di kedudukan yang lebih tinggi daripada Julius Ceasar, pembina tamadun Romawi dalam buku The 100: A Ranking of the most Influential Persons in History, kajian Dr. Michael H. Hart. Perspektif hijrah boleh dilihat dari perspektif yang pelbagai, bergantung apakah ibrah yang kita ingin dapatkan dari peristiwa penting dalam sejarah islam ini, terlalu banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa ini, sama ada dari segi kesetiaan dan kasihnya Abu Bakar kepada baginda Nabi Muhammad saw, keyakinan mutlak baginda saw kepada Allah swt, kekuasaan Allah swt dalam mengubah kebiasaan dan pelbagai lagi. Semalam saya tertarik dengan perspektif yang diketengahkan oleh Dr. Roslan melalui khutbah jumaat beliau yang menyentuh perspektif hijrah kepada perjalanan dakwah baginda Nabi Muhammad saw. Ya, dua fasa penghijrahan, penghijrahan aqidah, keyakinan, kebergantungan, kepercayaan dan kecintaan di Mekkah. Juga penghijran tindakan, sikap, akhlak, hasil dari penghijrahan pertama di Yathrib. Saya ingin berkongsi perspektif hijrah dari segi yang berbeza, satu segi yang dapat kita perhatikan dan ambil ibrah dari sikap, perancangan dan peranan yang dimainkan oleh Abu Bakar Radhiyallahu anh dalam menjayakan hijrah nabi ini. Apabila arahan hijrah ini dikeluarkan oleh baginda Nabi Muhammad saw, ia bukan lagi sebagaimana hijrah ke Habsyah, ia merupakan arahan dan wajib. Apabila Abu Bakar ingin berhijrah, beliau meminta izin dari baginda, tapi baginda menegahnya dan berkata, “Wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu hijrah kamu. Semoga Allah datangkan teman bersama kamu dalam hijrah.” Mendengar arahan ini, Abu Bakar kuat merasakan yang bakal menemaninya berhijrah nanti adalah kekasihnya sendiri, Muhammad saw. Maka dengan dorongan hati ini, Abu Bakar tanpa disuruh terus merencanakan segala strategi dan kelengkapan demi memastikan hijrahnya, andai benar bersama Baginda Nabi Muhammad saw berjaya. Pada malam hijrah, selepas Baginda berjaya melepasi kepungan Quraiys itu, Baginda menemui Abu Bakar di rumahnya, maka bermulalah segala perancangan. Dua ekor unta dan segala persiapan sudah disediakan Abu Bakar sejak baginda meminta Abu Bakar menangguhkan hijrahnya lagi, hanya menunggu masa sahaja. Mereka bergerak ke selatan walaupun Madinah berada di utara, ini strategi pertama. Mereka bergerak ke Gua Thur, bagi menghilangkan jejak mereka, Abu Bakar memerintah pekerjanya, Amru Bin Fuhairah membawa kambing-kambing ternakannya mengekori mereka berdua ke Gua Thur, kambing-kambing ini juga disediakan demi tujuan hijrah. Sampai di Gua Thur, kedua-dua unta dibawa balik oleh Amru Bin Fuhairah. Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar menunggu dan bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari tiga malam demi mencari masa terbaik bagi meneruskan hijrah, kerana mereka sedar, di saat itu seluruh Quraisy sedang berusaha menggagalkan hijrah mereka, maka mereka perlu melakukan yang terbaik pada waktu yang paling tepat! Selama tiga hari itu, mereka perlu mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan perencanaan Quraisy. Abdullah anak Abu Bakar ketika ini berperanan sebagai pengintip, mencuri segala maklumat dari perbincangan-perbincangan pemuka Quraiys di waktu siang lalu disampaikan kepada ayahnya di Gua Thur di waktu malam. Asma’ anak Abu Bakar pula ditugaskan membawa makanan kepada Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar. Bagi menutup segala jejak ini, Amru Bin Fuhair akan mengekori Abdullah dan Asma’ dengan kambing-kambing. Di samping itu membekalkan susu kepada Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar. Setelah mendapat dan menganalisa segala maklumat dari Mekkah dan terdapat peluang barulah mereka meneruskan kembali hijrah. Amru Bin Fuhair menghantar semula unta lalu hijrah diteruskan. Dari selatan Mekkah, mereka bergerak dengan pergerakan zig-zag, bermula dari kanan ke kiri dan laluan mereka ini bersilang dengan laluan yang biasanya digunakan oleh pedangang, ia demi memastikan Quraisy keliru dan tidak dapat menjejaki mereka sepanjang perjalanan. Bagi tujuan ini, seorang yahudi bukan islam diupah sebagai penunjuk jalan memandangkan jalan ini tidak pernah dilalui dan boleh menyebabkan mereka sesat dan terputus bekalan lalu mati. Memandangkan laluan yang mereka lalui ini jauh dan tidak banyak tempat untuk berhenti medapatkan bekalan, maka bekalan secukupnya sudah disediakan sejak awal lagi. Semua ini direncanakan Abu Bakar dan menggunakan perbelanjaan Abu Bakar sehingga tiada sedikitpun harta yang ditinggalkan buat keluarganya di Mekkah. Abu Quhafah, ayah Abu Bakar yang sudah tua dan buta datang ke rumah Abu Bakar sebaik mereka berhijrah, bertanya kepada Asma’ ada atau tidak harta Abu Bakar tinggalkan kepada mereka sekeluarga. Asma’ mengisi kantung harta Abu Bakar dengan batu lalu memberikan kepada datuknya, sebaik mendapati kantung itu penuh Abu Quhafah berasa lega, hilang risaunya akan nasib anak-anak Abu Bakar yang ditinggalkan itu. Perlu kita ingat bertapa signifikannya hijrah ke Yatrib ini kepada perkembangan dan kesinambungan dakwah islam ketika itu. Ia adalah arahan dari Allah swt, demi memastikan islam mampu membina tamadun dan asas dalam menegakkan hakimiyyah Allah swt. Baginda ke Yathrib bukan lagi untuk berdakwah tapi menubuhkan daulah, mengimpilatasi segala keyakinan dan kepercayaan yang ditanam selama 13 tahun di Mekkah. Apakah akan terjadi andai hijrah ini gagal? Quraisy sudah membuat keputusan untuk membunuh Muhammad saw. Dengan kepentingan sebegini rupa, boleh saja Allah turunkan sekali lagi Buraq untuk membawa baginda ke Yathrib, sebagaimana 3 tahun sebelumnya dalam peristiwa Isra’ wa Mikraj. Maka dapat kita lihat di sini, untuk mencapai segala perkara perlu kepada usaha dan perencanaan yang teratur dan strategik. Lebih-lebih lagi benda yang besar seperti membina kerajaan islam dalam peristiwa hijrah ini. Dalam perencaan ini perlu kepada pengorbanan sebagaimana Abu Bakar berkorban demi menjayakan agenda perjuangan, tidak ditoleh kepada nasib anak-anak dan keluarganya demi agenda yang lebih besar ini. Perlu kepada maklumat yang tepat sebagaimana peranan yang dimainkan Abdullah Bin Abu Bakar sebagai intelligence. Maka, setelah segala persiapan dan usaha sudah dilaksanakan, maka bertawakkal kepada Allah swt akan hasilnya, sebagaimana tawakkalnya Baginda dan Abu Bakar saat Gua Thur didatangi Quraisy, di saat itulah Allah menghulurkan pertolongan, memerintah ular menyusur memadamkan jejak, memerintah labah-labah menutup pintu gua. Juga di saat Suraqah mengejar Baginda dan Abu Bakar di dalam perjalanan, sekali lagi Allah menurunkan pertolongan. Di saat ini juga baginda menawarkan gelang Kisra kepada suraqah demi menutup mulut Suraqah akan laluan yang mereka gunakan untuk hijrah. Dalam kehidupan seharian, kita lebih suka menunggu dalam bertindak, sedangkan Abu Bakar tanpa disuruh dan diberi hint terus bertindak. Kita lebih suka menuggu Allah menghulurkan bantuanNya sebelum kita berusaha habis-habisan dan mengorbankan segalanya untuk mencapai cita-cita. Kejayaan itu tidak mudah, namun kerana susah itulah ia dihargai, kerana pahitnya itulah ia memberi kemanisan. Tapi semua itu hanya mampu dirasai oleh mereka yang berusaha untuk mencapai kejayaan. Sama-sama kita menghijrahkan sikap kita, attitude kita, eager kita, desire kita, segalanya di dalam diri sebagaimana Nabi Muhammad menghijrahkan jiwa-jiwa selama 13 tahun sebelum Tahun 1 Hijrah.
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 9:02 AM 0 komen sahabat
Sunday, December 6, 2009
Mengundang sangka buruk
Fitnah adalah sesuatu yang berdosa dalam islam, malah bagi kes-kes tertentu termaktub hukuman bagi mereka yang berbuat fitnah. Zina sebagai contoh, jika dituduh seseorang berzina tanpa mendatangkan bukti dan saksi sebagaimana dituntut syarak maka, dikenakan hukuman Qazaf kepada si penuduh. Sudah pasti semua orang benci diffitnah, tidak suka dituduh, tidak suka dipandang serong, dan itulah lumrah manusia, tiada siapa yang mahu dilihat dengan identiti buruk. Namun, pernahkah kita menilai apakaah peranan dan tanggunjawab kita dalam mencegah sangka buruk dan fitnah itu? Manusia secara asasnya akan menilai berdasarkan persepsi dan track record terhadap seseorang individu, organisasi dan tindakan seseorang. Sebagai contoh, kalau seseorang datang kepada kita, dan mengajak kita ke disko di hujung minggu, apa persepsi kita terhadap orang itu? Jika buruk, apa yang menyebabkan persepsi buruk datang pada fikiran kita? Sudah tentu kebiasaan yang terdapat pada disko itu, arak, sosial melampau, dadah, dan sebagainya. Tidak dinafikan bukan semua orang yang ke disko untuk itu, ada yang hanya ke disko untuk berjumpa kawan-kawan. Tapi sangka buruk kepadanya datang di atas tindakannya sendiri, dan dia tidak boleh menyalahkan orang lain di atas sangka buruk yang hadir itu, sebaliknya dia yang perlu menghalang sangka buruk itu. Islam mengajar kita agar menutup pintu-pintu yang boleh mengundang sangka buruk kepada diri kita. Terdapat satu hadis sahih dalam kitab imam muslim yang menyebut berkenaan sangka buruk ini, di satu malam, Soffiyyah isteri baginda datang menemui baginda di masjid ketika nabi sedang beriktikaf untuk bertanyakan beberapa soalan, pada malam itu, bukan giliran soffiyyah. Selesai bertanya, baginda menemankan soffiyyah pulang memandangkan malam telah gelap, dalam perjalanan dua orang sahabat ansar melihat kelibat baginda bersama seorang wanita. Datang sangka buruk, lalu mereka mempercepatkan perjalanan mereka, menyedari tindakan dua orang sahabat itu, baginda memanggil mereka, lalu menjelaskan yang bersama baginda adalah soffiyyah. Kata mereka, “Kami tidak bersangka buruk terhadap engkau ya Rasullallah” lalu jawab baginda, “Aku tahu kamu tidak sangka buruk , tapi aku bimbang syaitan akan lontar sangka buruk ke dalam hati kalian” Pengajaran yang dapat kita faham dalam hadis ini adalah, menjadi tanggunjawab setiap individu muslim, untuk menutup segalaa sangka buruk dan fitnah. Andai sangak buruk itu datang disebabkan tindakan kita sendiri maka adalah silap kita yang mengundang sangka buruk itu, dan kita jugalah yang perlu berusaha membersihkan sangka buruk tersebut.
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 7:37 PM 0 komen sahabat
Tuesday, November 24, 2009
Kenangan di USM...
Salam,



















Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 9:51 AM 1 komen sahabat
Sunday, November 15, 2009
Aurat wanita
Aurat : Apa Sudah Jadi ? Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :- "Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?" Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin. " Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu. Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?" "Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya. "Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji. " Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini. "Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya. " Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi. "Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya" "Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan. "Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar" "Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini. Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?. BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI? Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa. Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :- "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59) Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik. Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan) Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti. BANTAHAN KAUM WANITA "Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan. "Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali. "Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya. "Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal" "Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya. "Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini. "Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya "Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur" PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata : "Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit" Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu. Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka? "Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini. Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT : زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين .. "Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..." Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda : ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) ANTARA LAWAK & HUKUM Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka. Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a. Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :- ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :- KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain. Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram. Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah. "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31) Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan. Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya. Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim) Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) ‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas. Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini Larangan Nipis Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud) Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah. Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam) KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- يرحم الله المتسرولات Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) . Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh. KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32) TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :- " Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20) Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :- a) Perbezaan dengan binatang. Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26) Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat. b) Agar kaum wanita tidak disakiti Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59. c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam. Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. » Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati » d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform. Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat. e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT. Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2) DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. "Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya. "Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim) Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. "Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu" Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang" Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya : "Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim) Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja. Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith : إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 ) Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam. Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih ) Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ? Sekian Zaharuddin Abd Rahman Kuala Lumpur 23 Muharram 1428H 11 Feb 2007
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 12:11 AM 0 komen sahabat
Saturday, November 14, 2009
Hadis-hadis dhoif yang biasa dianggap sahih
Artikel ini saya copy paste tanpa izin dari blog Khyrul Hycal...
اْلأَذَانُ وَاْلإِقَامَةُ فِي أُذُنِ الْمَوْلُوْدِ
“Azan dan iqamah di telinga anak yang baru lahir”.
Hadis ini dha’if sekali. Bayan al-Wahm, Ibnu al-Qaththan, 4:594; al-Majruhin, Ibnu Hibban, 2:128; adl-Dla’ifah, 1:494
اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ فَاِنَّ طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Carilah ilmu meskipun sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya mencari ilmu adalah kewajiban atas setiap orang muslim”.
Hadis ini palsu. Al-Maudlu’at, Ibnu al-Jauzi, 1:215; Tartib al-Maudlu’at, adz-Dzahabi, 111; al-Fawaid al-Majmu’ah, 852; Kasyful Khafa’, al-Ajluni, 1:139.
اعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأَنَّكَ تَعِيْشُ أَبَداً، وَاعْمَلْ لآخِرَتِكَ كَأَنَّكَ تَمُوْتُ غَداً
“Beramallah untuk duniamu seolah-olah kau akan hidup selamanya, dan berbuatlah untuk akhiratmu seolah-olah kau akan mati besok”.
Al-Albani mengatakan; Tidak benar kalau hadis ini marfu’, maksudnya tidak benar kalau hadis ini berasal dari Nabi saw. adl-Dla’ifah: 8
إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْباً، وَإِنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ يس مَنْ قَرَأَهَا فَكَأَنَّمَا قَرَأ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ
“Sesungguhnya segala sesuatu memiliki hati, dan sesung-guhnya hatinya Al-Qur’an adalah surat Yasin, barang siapa membaca surat Yasin, maka seolah-olah ia telah membaca Alqur’an 10 kali”.
Hadis ini maudlu’. Al-Ilal Ibnu Abi Hatim, 2:55; adl-Dla’ifah, 169.
أَحِبُّوْا الْعَرَبَ لِثَلاَثٍ لأَنِّيْ عَرَبِيٌّ وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ وَكَلاَمُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ
“Cintailah Arab kerana tiga hal, kerana saya orang Arab, al-Qur’an berbahasa Arab, dan bahasa penduduk syurga adalah bahasa Arab”.
Hadis ini Maudhu’ (palsu). Tadzkiratu al-Maudlu’at, 112; al-Maqashid al-Hasanah, 31; Tanzih asy-Syari’ah, 2:30; Kasyf al-Khafa’, 1:54
أَوْصَانِي جِبْرَائِيْلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِالْجَارِ إِلَى أَرْبَعِيْنَ دَارًا عَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا، وَعَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا ، وَعَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا ، وَعَشْرَةٌ مِنْ هَا هُنَا
“Jibril mewasiatkan kepadaku bahawa jiran tetangga itu sampai 40 rumah, 10 dari arah sana, 10 dari arah sana, 10 dari arah sana, dan 10 dari arah sana”.
Hadis ini dla’if. Kasyful Khafa’, 1:1054; Takhrij al-Ihya’, 2:232; al-Maqashid al-Hasanah, as-Sakhawi, 170.
إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدِ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ
“Hati-hatilah kalian terhadap iri (hasad), kerana iri itu akan dapat memakan kebaikan seperti api memakan (membakar) kayu”.
Hadis dha’if. At-Tarikh al-Kabir, 1:272; Mukhtashar Sunan Abi Dawud, al-Mundziri, 7:226
اْلاِيْمَانُ عُرْيَانٌ فَلِبَاسُهُ التَقْوَى وَزِيْنَتُهُ الْحَيَاءُ وَثَمْرَتُهُ الْعِلْمُ
“Iman itu telanjang, pakaiannya adalah taqwa, perhiasan-nya adalah malu dan buahnya adalah ilmu.”
Hadis ini palsu, Kasyf al-Khafa’, 27.
اْلإِيْمَانُ يَزِيْدُ وَيَنْقُصُ
“Iman itu boleh bertambah dan berkurang”.
Bukan hadis Rasululah, tetapi kata-kata yang disepakati (ijma’) oleh ulama’ salaf. al-Manar al-Munif, 119; Kasyf al-Khafa’, 25; Mizan al-I’tidal, 6:304.
حُبُّ الْوَطَنِ مِنَ اْلإِيْمَانِ
“Cinta tanah air sebahagian dari iman”
Hadis ini tidak ada asalnya, adl-Dla’ifah, 36; Kasyf al-Khafa’, 1102; al-Mashnu’, Ali al-Qari, 1:91.
رَجَعْناَ مِنَ الْجِهَادِ اْلأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ اْلأَكْبَرِ قَالُوْا وَمَا الْجِهَادُ اْلأَكْبَرُ قَالَ جِهَادُ الْقَلْبِ
“Kami pulang dari jihad ashghar (jihad kecil) menuju jihad akbar (jihad besar). Para sahabat bertanya, apakah jihad akbar itu. Rasul saw bersabda; Jihad hati”.
Hadis ini tidak ada asalnya, al-Asrar al-Marfu’ah, 211; Tadzkiratu al-Maudlu’at, al-Futni, 191, Kasyf al-Khafa’, 1:511.
السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي أَرْضِهِ ، مَنْ نَصَحَهُ هُدِيَ ، وَمَنْ غَشَّهُ ضَلَّ
“Penguasa adalah bayang-bayang Allah di bumi-Nya, barangsiapa yang setia kepada penguasa maka ia telah mendapatkan petunjuk dan barangsiapa mengkhianatinya maka ia telah sesat”.
Maudlu’ (palsu). Tadzkiratu al-Maudlu’at, al-Futni, 182; al-Fawaid al-Majmu’ah, asy-Syaukani, 623; adl-Dla’ifah, 475.
سَيِّدُ الْقَوْمِ خَادِمُهُمْ
“Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka”.
Hadis ini dha’if. Al-Maqashid al-Hasanah, as-Sakhawi, 579; adl-Dla’ifah, 1502.
لَوْلاَكَ مَا خَلَقْتُ الدُّنْيَا
“Kalau bukan kerana kamu (Nabi Muhammad saw) nescaya tidak aku ciptakan dunia”.
Hadis maudlu’. Al-Lu’lu’ al-Marshu’, al-Musyaisyi, 454; Tartib al-Maudlu’at, 196; adl-Dla’ifah, 282.
مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَ ، وَلاَ نَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ
“Tidak akan sia-sia orang yang beristikharah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah, dan tidak akan sengsara orang yang berhemat”.
Hadis ini maudhu’ (palsu). Al-Kasyf al-Ilahi, 1:775; adl-Dla’ifah, 611.
مَنْ حَجَّ الْبَيْتَ وَلَمْ يَزُرْنِي فَقَدْ جَفَانِي
“Barangsiapa berhaji di Baitullah tetapi tidak menziarahi makamku maka ia telah menjauh dariku”.
Hadis ini Maudhu’ sebagaimana disebutkan oleh adz-Dzahabi di dalam kitab Tartib al-Maudlu’at, 600; ash-Shaghani menyebutkan di dalam al-Maudlu’at, 52; asy-Syaukani menyebutkan di dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah, 326.
مَنْ حَجَّ، فَزَارَ قَبْرِيْ بَعْدَ مَوْتِي، كَانَ كَمَنْ زَارَنِي فِي حَيَاتِي
“Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahi kuburku setelah kematianku maka ia seperti orang yang mengunjungiku di masa hidupku”.
Ibnu Taimiyah mengatakan, hadis ini dha’if, Qa’idah Jalilah, 57; Al-Albani menyatakan Maudhu’, adl-Dla’ifah, 47. Lihat pula Dzakhirat al-Huffadz, Ibnu Al-Qaisrani, 4:5250.
مَنْ صَلَّى فِي مَسْجِدِيْ أَرْبَعِيْنَ صَلاَةً لاَ يَفُوْتُهُ صَلاَةٌ كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَنَجَاةٌ مِنَ الْعَذَابِ، وَبَرِئٌ مِنَ النِّفَاقِ
“Barangsiapa solat di masjidku empat puluh waktu solat tanpa ketinggalan satu waktu solat pun maka ditetapkan baginya terbebas dari neraka dan selamat dari azab, dan terlepas dari kemunafikan”.
Hadis dha’if, adl-Da’ifah, 364.
مَنْ وَلَدَ لَهُ مَوْلُوْدٌ فَأَذِنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى لَمْ تَضُرُّهُ أُمُّ الصِّبْيَانِ
“Barangsiapa yang mendapatkan seorang anak, kemudian ia azankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri, maka kelak anak itu tidak akan diganggu oleh jin”.
Hadis Maudhu’. Al-Mizan, adz-Dzahabi, 4:397; Majma’ az-Zawa’id, al-Haitsami. Takhrij al-Ihya’, 2:61.
النَّاسُ كُلُّهُمْ مَوْتَى إِلاَّ الْعَالِمُوْنَ، وَالْعَالِمُوْنَ كُلُّهُمْ هَلَكَى إِلاَّ الْعَامِلُوْنَ، وَالْعَامِلُوْنَ كُلُّهُمْ غَرَقَى إِلاَّ الْمُخْلِصُوْنَ، وَالْمُخْلِصُوْنَ عَلَى خَطْرٍ عَظِيْمٍ
“Manusia semuanya adalah mayat, kecuali orang yang berilmu, dan orang-orang yang berilmu semuanya binasa kecuali orang yang beramal, orang-orang yang beramal semuanya tenggelam kecuali orang yang ikhlas. Dan orang yang ikhlas berada di atas kedudukan yang agung”.
Ash-Shaghani berkata, ini adalah hadis yang diada-adakan lagi pula tidak sesuai dengan aturan kebahasaan. Yang benar secara bahasa adalah dengan menggunakan kata al-‘Alimina, al-‘Amilina dan Mukhlishin. Al-Maudlu’at, 200; Asy-Syaukani menyebutkan di dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah, 771; al-Futni menyebutkan dalam Tadzkirat al-Maudlu’at, 200.
Tinta pena MUHAMMAD ASHRAF MOHD SALLEH at 7:26 PM 0 komen sahabat












