Sunday, December 14, 2008

14/12/08:satu kenangan..

Hari ini, 14/12/08, ‘daily lab schedule’ sepatutnya amat mudah dan ringkas, masuk makmal 208 pukul 4 petang, kumpulkan ‘germinated paddy seed’ dan ‘bacteria culture’ bawa ke ‘plant house’ kemudian, siapkan ‘plantation and inoculation’. Bisa disudahkan seawal 5 petang dan malam sudah boleh rehatkan minda mencari input baru.

Entah sebab apa, bila masuk ‘research lab’ Dr.Amir tadi, tengok media ATCC(American type cell culture) dah habis, terfikir pulak,


‘Hm, ni kalau tak buat cepat, susah nanti’

Jadi kerja di ‘plant house’ ditangguhkan dulu, matlamat baru adalah menyiapkan 10 kelalang kon media ATCC sebelum asar, jadi kerja dimulakan, tinggal nak tetapkan pH, azan asar berkemandang,

‘Ok, solat dulu’

Sebelum keluar, nampak tong ‘distilled water’ separuh kosong,

‘alang-alang masuk lab, on jelah’

Segalanya berjalan lancar, sepatutnya, siap solat asar, terus ke bangunan G09, singgah di makmal ‘plant pathology’ tengok akram buat kerja, menguruskan projek VCG(vegetative competitive group), di bawah seliaan Dr.Latifah, tak lama, terus naik ke maakmal 208, tengah nak masukkan kunci makmal, bunyi benda pelik, teringat bilik Dr. Amir terbuka,
‘Dr. Amir masuk lab ke?’

Sebaik pintu terbuka, dada macam kena ‘heart attack’, mata terbeliak tengok lantai makamal mula melimpah,

‘takkan tong distilled water dah penuh, baru 15 minit keluar’

‘La...paip tercabut rupanya’

'Paip tercabut dari mesin distilled water'

Mula kelam kabut, tutup pili, tutup suis mesin ‘distilled water’, turun balik ke makmal ‘plant pathology’, cari akram, tapi akram tengah sibuk ‘pour media’, alhamdullilah, masa tu Abg.Hafizi masuk, nak guna mikroskop. Abg.Hafizi senior, sama-sama mikrobiologi, juga merupakan bekas presiden KPRS(Kelab Pembimbing Rakan Sebaya) USM, juga bekas pimpinan PKPIM. Dia pernah cerita, dia pernah banjirkan makmal Prof.Baharuddin jam 2 pagi,

‘Abg.Hafizi, kalau lab banjir, nak buat macam mana? Lab saya dah banjir’

‘Hah? Banjir? Distilled water ke?’

Sampai saja ke makmal, Abg. Hafizi terus menarik nafas, sama ada lega, atau terkejut,

‘Ok, sekarang, kita perlu surat khabar yang banyak, penyodok atau penyapu, tray, kalau ada beaker plastic pun ok’


Maka, bermulalah kerja-kerja penghapusan ‘bukti’, hampir 3 bahagian makmal banjir, operasi dimulakan dengan menghampar surat khabar, tapi nampak tak berkesan,


‘ni, kena cedok ni, tunggu ana pi ambik penyodok kat lab ana’ kata Abg.Hafizi sambil tengok ruang belakang, tempat selalu kak An solat,

‘Alamak, sejadah dengan telekung dah basah, confirm dapat lecture free esok’ esok isnin

Sambil-sambil buat kerja, tetiba pintu lab ada orang buka, ingat Dr.Amir, ‘takkan kantoi kot’ kata dalam hati,

‘wei, apa dah jadi ni?’

Fitrien rupanya, alhamdullilah, tambah sorang lagi sukarelawan banjir.

‘kat Kelantan banjir habis dah, kat sini pulak banjir’ kata Abg.Hafizi, sedikit menceriakan suasana. Jam dah 5.30ptg, ‘bila aku boleh pi plant house ni?’ kata dalam hati.

‘Hai, macam orang gaji pulak aku ni’ kata Fitrien sambil buat kerja.

‘You always a servant’ kata aku.

‘Hei, tolong sikit’ marah Fitrien.

'Betul apa, a servant to Allah’ balas aku.

Kerja-kerja mencedok siap jam 6ptg,


‘ni, Ashraf kena datang balik malam ni, kutip balik surat khabar ni, hapuskan bukti, lap mana patut’


‘Ok, terima kasih Abg.Hafizi, banyak susahkan’

'Takpe, biasalah, bila lagi nak gotong royong, tak sah jadi student final year tak jadi benda ni’ kata Abg.Hafizi sambil ketawa.

Jam 6.30ptg, bertolak ke ‘plant house’ untuk menyudahkan matlamat asal hari ini. Kerja dimulakan dengan kelajuan maksima, siap 3 polibag, ada lagi 25, azan maghrib pula kedengaran,

‘Hai, bukak puasa dengan pokok padi lah aku hari ni’

Kerja diteruskan sampai pukul 7.20mlm, kemudian balik RS untuk mandi dan solat maghrib, makan sedikit roti untuk als perut, kemudian ke masjid untuk solat isyak, kemudian baru makan, dengan Akram dan yang lain.


Balik semula ke ‘plant house’ menyiapkan kerja sampai jam 11.40mlm,

‘nilah first time aku tengok ore tane pokok male-male, sejaroh nih’ kata Akram.

Siap kerja di plant house, kerja-kerja pembersihan menanti di makmal, akhirnya, segalanya siap, dan malam ni, sampai di RS jam 3.05 pagi. Banyak perancangan asal yang dah lari dan perlu untuk aku ‘re-schedule’, tetapi sejauh mana aku merancang, segala-gala adalah perancangan Allah SWT, segalanya ada hikmah, sebahagaimana hari ini, hanya sedikit, teringat satu kata-kata,


‘Allah, apabila dia memberi ujian, Dia berbicara dengan kita’


Sebagaimana kata Ust.Hasrizal, setiap musibah atau apa saja yang berlaku terhadap kita, merupakan kata-kata Allah terhadap diri kita, yang penting adalah bagaimana kita membaca bahasa itu, adakah ia teguran Allah terhadap kita terhadap kesilapaan kita pada hari ini? Atau Dia mahu kita mengingatiNya?

Malam ini, menanti hari esok dengan resah, kerana esok hari isnin, semua orang akan masuk makmal 208 esok, dan pasti akan ada yang perasan, 'there is something wrong', jadi esok adalah ‘judgement day’, walaupun begitu tidaklah sedasyat dan seazab ‘judgement day’ Allah SWT di Mahsyar kelak, semoga selamat segalanya..


1 komen sahabat:

pali said...

tu la. nasib baik tak satu blok banjir. heheh. best wei masa final projek ni. pas habis mesti rasa rindu sangat.hahaha!