Friday, December 5, 2008

Final project

Alhamdullilah!!!


Segala puji bagi Allah, akhirnya dapat juga menulis untuk blog ini, setelah hampir sebulan tersadai, sebaik selesai memberi segala fokus pada ujian akhir sem, terpaksa memerukkan diri dalam makmal, bagi menyudahkan apa yang dirancang, kerana bermula 27hb hingga 30hb, ditugaskan sebagai unit penginapan dan ‘tourist guide’ untuk sahabat-sahabat yang datang khas ke Kelantan untuk meraikan majlis perkahwinan akhi Ghafar.

Tahniah akhi, selamat membina baitul muslim yang bakal melahirkan kader-kader islam yang mantop. Sebaik pulang, perjumpaan kali kedua dengan supervisor Final year project (FYP),Dr. Amir Hamzah, juga merupakan pengerusi rancangan mikrobiologi ,

‘I want to see a result by this 19 Disember, whatever result, no result means drop.’


Katanya tenang, tapi cukup untuk meresahkan pelajar tahun akhir mikrobiologi di bawah seliaan beliau, sedikit sebanyak, FYP ini betul-betul berjaya membuatkan saya fokus, dan ia merupakan satu pengalaman penting selaku pelajar. Serba sedikit berkaitan FYP saya, adakah ia penting untuk diceritakan? Saya pun tak pasti..
Secara mudah FYP saya berkaitan dua perkara, pokok padi variasi MR220 (Oryza sativa ) dan Diazotrophic organism, sejenis spesis bacteria dalam kategori nitrogen fixing organism.

Objektif utama kajian kali ini adalah menentukan sifat migrasi empat local isolate strain , sama ada keempat-empat strain iaitu L1, L5, L8 , dan L15 yang diambil dari pokok sawit bersifat endophytic atau exophytic, apabila diinokulat pada pokok padi.
Objektif kedua adalah melihat kesan-kesan inoculation keempat-empat strain tersebut, untuk objektif kedua ini, pokok padi akan ditanam secara aerob selama 28 hari di rumah kaca, manakala objektif pertama, pokok akan ditanam selama dua minggu di dalam tabung uji dengan menggunakan Murashige and Skoog media.

Sebaik sahaja, kedua-dua bahagian kajian, iaitu di rumah kaca dan tabung uji siap, pokok padi akan dipotong dan dilihat di bawah Scanning Electron Microscope (SEM) dan Transmission Electron Microscope (TEM), disebabkan untuk pelajar tahun akhir, hanya slaid sahaja dibenarkan untuk setiap pelajar bagi kedua-dua SEM dan TEM, maka, walaupun saya menanam 80 pokok dalam tabung uji dan 28 pokok di rumah kaca, hanya 2-3 pokok sahaja yang akan digunakan.

InshaAllah, dengan izin Allah, jika tiada apa-apa masalah, segalanya akan selesai pada hujung januari akan datang, moga segalanya berjalan lancar.

*artikel ini saya terpaksa rojak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bagi saya ini adalah kesan apabila kita menjadikan bahasa Inggeris sebagai perantara dalam sains dan matematik, cuma pandangan pribadi

0 komen sahabat: