Sunday, December 7, 2008

Ieduladha 1429H

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..




Hari raya iduladha kali ini pertama kali disambut di USM, kali pertama menyambut iduladha tanpa keluarga adalah ketika di matrikulasi, ketika itu, sebab ramai yang tidak pulang, maka pentadbiran KMPP menganjurkan sambutan peringkat kolej,


Takbir raya di dataran bersama sahabat-sahabat,

Jamuan hari raya bersama staff di dewan al-Farabi,

Sambutan ketika itu bagaikan cuti umum yang biasa sahaja, kecuali sesi pagi diadakan takbir dan solat iduladha bersama, itu sahaja!

sedangkan sambutan Iduladha ini, di negara arab, Pakistan, Bangladesh, dan Patani merupakan sambutan yang utama, kemeriahannya jauh melebihi sambutan Iedulfitri, tetapi di Malaysia, situasi ini terbalik, mungkin lantaran kurangnya penghayatan dan pengertian masyarakat kita terhadap Iduladha.

Berbeza dengan Iedulfitri yang datang selepas kemuliaan bulan ramadhan, kehadiran Ieduladha adalah bersama dengan kemulian bulan Zulhijjah,

Sabda baginda Nabi,

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu"
(Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih)



Allah pula berfirman,

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh"
( Al-Fajr : 1)

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan.
(Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini"
(Riwayat Al-Bukhari).

Kemuncak kemuliaan bulan Zulhijjah adalah pada hari jemaah haji wukuf di arafah, iaitu 9 Zulhijjah, pada hari ini, di saat jemaah haji memutihkan bukit-bukit di arafah, umat islam amat digalakkan berpuasa,

Dari Abu Qatadah Al-Anshari R.A, katanya: Rasulullah SAW pernah ditanya tentang kelebihan puasa hari Arafah, lalu sabda Nabi, Semoga dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang.
(Riwayat Muslim)

Dalam hadith yang lain, baginda bersabda,

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim)



Ieduladha

Amalan yang paling utama ketika Ieduladha adalah ibadat korban, ia adalah demi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang menyembelih anaknya ismail, mulia dan besarnya ganjaran ibadat korban ini tidak dapat digambarkan, bagi mazhab hanafi ibadat korban ini dikira ibadat wajib bagi sesiapa yang mampu, tetapi kita di imam shafie meletakkan ia sebagai sunat muakkad.



Berkaitan ibadah korban ini, Allah SWT berfirman,

"Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Al-Hajj : 32)

Baginda Nabi bersabda pula,

"Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban( dengan menyembelih binatang)"
( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

Allah berfirman lagi,

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Hajj : 37)

Apa yang paling penting dalam kita menyambut Ieduladha adalah kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s sanggup menuruti arahan Allah menyembelih anaknya yang amat baginda dambakan, ismail,

Mengikhlaskan hidupnya kepada Allah, sanggup mengambil nyawa anak kesayangan dengan tangannya sendiri,

Semua ini adalah untuk keredhaan Allah, inilah satu pengorbanan agung,

pengorbanan amat penting dalam islam,

Hidup dan terus bernyalanya obor islam adalah kerana pengorbanan,

Islam pada hari ini sampai kepada kita adalah hasil titisan darah para syuhada di era sahabat,

hasil kesabaran dan keteguhan hati Baginda Nabi Muhammad SAW,
hasil pengorbanan golongan muhajirin dan ansar,

Dan perjuangan menegakkan agama Allah ini akan berterusan hingga kiamat menjelang, terus dinyalakan dengan pengorbanan para mujahid dan mujahidah, inshaAllah...

Salam Ieduladha buat semua...

1 komen sahabat:

SAK!NAH said...

'Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, " Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia (Ismail) menjawab, " Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan(Allah) kepadamu; insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar' (Surah As-Saffat;37;ayat 102) Di dalam Al-Quran termaktub kisah pengorbanan mereka berdua Alaihumassalam dan kesabaran mereka menghadapi segala ujian dari Allah.